Peristiwa Akhir Zaman 5
Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a: Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam bersabda, “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.”
Sahabat bertanya, ‘Ya Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?’ Nabi Sallalahu Alaihi Wasallam menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka.” [Riwayat Muslim]
Penjelasan dan Pengajaran:
-
Umat Islam akan mengikut cara hidup orang-orang Yahudi dan Nasrani dalam pelbagai keadaan, baik dari segi pemerintahan mahupun yang lebih parah lagi; dari segi pemikiran dan kerohanian.
-
Umat Islam perlu kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah dari semua aspek kehidupan, iaitu menghidupkan kerohanian keIslaman (rasa cinta pada Islam atas dasar tauhid), pemerintahan Islam, pendidikan Islam, perundangan Islam, ekonomi Islam dan sistem kemasyarakatan berasaskan Islam.
Let me know what you think of this article on twitter @tehnoblequran or leave a comment below!