Peristiwa Akhir Zaman 6

by on under Hadis
1 minute read

Dari Miqdam bin Ma’dikariba r.a: Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam bersabda, “Hampir tiba di suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadis ku (Hadis Nabi Sallalahu Alaihi Wasallam), Maka ia (golongan anti hadis) berkata, ‘Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah Al-Quran) sahaja. Apa yang dihalalkan oleh Al-Quran kami halalkan; dan apa yang diharamkan, kami haramkan.’

Kemudian bersabda Nabi Sallalahu Alaihi Wasallam, “Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah SWT.” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Penjelasan dan Pengajaran: Telah ada golongan anti hadis ini merosakkan akidah umat Islam, oleh itu kita perlu berhati-hati dan peka serta membasmi pemikiran mereka ini sedaya-upaya.

comments powered by Disqus