Bagaimanakah Nabi Duduk Ketika Makan

by on under Howto
1 minute read

Bagimanakah cara Nabi shalallahu alaihi wasallam duduk ketika makan?

Jawapan: Cara-Duduk-Nabi-Muhammad-shalallahu alaihi wasallam-Ketika-Makan.jpg

Terdapat hadith-hadith yang menceritakan secara jelas cara duduknya Nabi shalallahu alaihi wasallam ketika makan, diantaranya yang diriwayatkan daripada Abi Juhaifah r.a., beliau menceritakan:

“Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda; “adapun aku, maka aku tidak akan makan dengan duduk ittika’ (bersila atau bersandar)” (Sohih AlBukhari, Jami’ AtTarmizi)

Tafsiran Hadith:

Penegasan bahawa Nabi shalallahu alaihi wasallam tidak akan duduk secara ittika’ ketika makan.
Tiga tafsiran ulama tentang duduk ittika’.
– Duduk dengan punggung tetap dan selesa di atas lantai, lapik atau alas seperti orang duduk bersila dan sebagainya. iaitu duduk orang yang ingin makan dengan banyak.
– Duduk dengan bersandar dan berehat di atas rusuk kanan atau kiri.
– Duduk dengan bersandar di atas satu tangan dan makan dengan tangan yamg satu lagi.

Bagaimana Nabi shalallahu alaihi wasallam duduk:

Duduk secara iq’a’
Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a yang menceritakan:

“Rasulullah shalallahu alaihi wasallam dibawa kepadanya buah tamar. Maka aku melihat Baginda makan sambil duduk secara al-iq’a’ kerana lapar.” (Sohih Muslim)

Anas bin Malik juga menceritakan;

“Aku melihat Nabi shalallahu alaihi wasallam duduk secara iq’a’ sambil makan buah tamar” (sohih muslim)

Duduk al-iq’a’ ialah duduk diatas pangkal peha, dalam keadaan ingin segera bangun, bukan dengan duduk menetap di atas lantai.
Bersesuaian dengan beberapa keadaan ini;

Duduk di atas 2 punggung dengan menegakkan 2 betis. (Syarah Sohih Muslim Imam Ibnu Atsir)
Duduk dengan meletakkan punggung di atas dua tumit dan dua betis serta dua paha dipanjang di atas lantai. (Kitab Asyraf alWasa’il)
Duduk dengan menongkat di atas dua lutut dan belakang kedua-dua kaki. (Kitab tuhfah al-ahwazi)
Duduk dengan menegakkan tapak kaki kanan dan punggung diletakkan di atas hamparan kaki kiri. (Kitab tuhfah al-ahwazi)

Jom beramal dengan sunnah Rasulullah shalallahu alaihi wasallam.

Wallahu a’lam

comments powered by Disqus