Persoalan Bid'ah
Persoalan Bid‘ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furuk
Tarikh Keputusan : : 31 Mei 2016/24 Syaaban1437H
Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 5/2016-1437H yang bersidang pada 31 Mei 2016 bersamaan 24 Syaaban1437H telah bersetuju memutuskan Sighah Fatwa Bagi Persoalan Bid‘ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furuk seperti berikut:
-
Persoalan khilafiah adalah perkara ijtihadiyyah dan tidak boleh sama sekali dihukumkan bid‘ah kerana amalan tersebut telah diterima dan menjadi amalan ulama muktabar sejak dahulu.
-
Pandangan jumhur ulama sewajarnya menjadi ikutan masyarakat Islam dengan mengutamakan perkara asas dalam berdakwah dan tidak membesar-besarkan perkara khilafiyyah yang boleh menggugat perpaduan umat Islam.
-
Keputusan fatwa ini hendaklah diwartakan.
-
Antara amalan yang didakwa sebagai bid‘ah adalah:
- Konsep penggunaan dan pengamalan Hadis Dhaif.
- Membaca Yaasin pada malam Jumaat.
- Membaca tahlil dan talqin untuk si mati.
- Mengadakan kenduri arwah.
- Menyambut hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj dan Maal Hijrah pada setiap tahun.
- Membaca Yaasin 3 kali pada malam nisfu Syaaban.
- Berdoa beramai-ramai selepas solat berjemaah.
- Membaca wirid dan zikir secara kuat/nyaring beramai – ramai selepas solat fardhu.
- Membaca “Basmallah” secara kuat / nyaring dalam solat fardhu.
- Menyebut lafaz “Usalli” dalam niat solat.
- Membaca qunut dalam solat subuh.
- Bersalaman selepas solat berjemaah.
- Solat sunat sebelum solat Maghrib.
- Solat sunat sebelum Jumaat.
- Fidyah solat.
- Terbatal wuduk dengan sebab bersentuhan lelaki dengan perempuan yang harus dikahwini.
- Bilangan rakaat bagi solat sunat tarawih selain 8 rakaat.
- Menyapu muka selepas salam.
- Akikah dengan binatang al-an‘am selain kambing.
- Amalan bertawassul dan bertabarruk.
- Berdoa dan membaca al-Quran di kubur.
- Doa akhir tahun dan awal tahun.
Mesyuarat bersetuju untuk mewartakan fatwa ini.
Sumber: http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/himpunan-fatwa/171-keputusan-mesyuarat-fatwa/945-persoalan-bid-ah-dalam-masalah-ikhtilaf-khilaf-perkara-furuk
Let me know what you think of this article on twitter @tehnoblequran or leave a comment below!