Basmallah Untuk Harian
- Urusan Duit – setiap kali memberi dan menerima duit, bacakanlah Basmmallah sebanyak sekali.(semasa pegang duit). Jika menerima duit sedekah, bacakanlah “jazakallahu khair” selepas membaca Basmallah 1 kali tadi. Rasulullah tidak pernah menerima harta sedekah dan di larang juga kepada ahlil bait. Dalam akhlak tasauf, jika kita menerima duit sedekah (yang di sebut /di berikan dari seseorang) niatkanlah di hati akan menerima hadiah dan duit tersebut tidak boleh di belanja atas peribadi (seorang sahaja) perlu buat arwah/berbelanja dgn kaum muslimin yg lain.
2.Melakukan permulaan perbuatan kelakuan.. Seperti membuka PC untuk trading, bacalah Basmallah sebanyak 3 kali dan apabila hendak menutupnya (PC), bacalah Basmallah 1 kali. Ia seperti juga hendak duduk, di baca 3 kali Basmallah dan bila hendak bangun di baca 1 kali Basmallah.
3.Trading Untuk melakukan urusniaga /transaksi trading, bacallah Basmallah 1 kali dengan di tambah “laa haula walaa quwwata illa billahil aliyyil azhim” (hauqalah adalah tambahan ).
4.Permulaan perniagaan Sedikit / sebarang duit yang pertama (gori) dari hasil perniagaan, dibungkuskan ke dalam kertas putih atau kain putih (kosong) kemudian di pegang, lalu dibacakan Basmallah sebanyak 17 kali. Dan simpan la duit itu buat selamanya.
5.Permulaan perniagaan harian Di sediakan satu tabung/simpanan di mana duit hasil/pendapatan setiap hari diambil sebahagian/sedikit dengan membaca Basmallah 1 kali dan di letakkan di dalam tabung (jika dah terkumpul, tabung/simpanan ini boleh di guna semula)
6.Keluar dari rumah/setiap kali keluar dari rumah atau tempat tinggal/menginap/hotel atau sebagainya Bacalah Basmallah 2 kali atau 4 kali di muka/depan pintu dan melangkah keluar sehingga sampai ia untuk melintasi bumbung atap sesebuah bangunan, bacakan lagi Basmallah sebanyak 3 kali. Jikalau terlupa membacanya/atau merosakkan bacaan dan kaedahnya, baca di kala ia ingat tadi (sedar dari lupa) akan Basmallah sebanyak 7 kali.
7.Pulang dari luar ke rumah/penginapan. Semasa masuk ke kawasan rumah, maka di bacakan Basmallah 1 kali
- tambahan dari keluar dan kembali ke rumah berdasarkn hadith- -semasa keluar rumah, sesudah baca Basmallah 2 kali di muka pintu, di bacakan Tawakal tu ‘alallah (sekurang2nya) dan di susuli dgn Hauqalah(Laa hau la walaa Quwwa ta illaa billah) – semasa pulang /sebaik melangkahi masuk/melepasi bumbung bangunan/sebelum membuka pintu. Selepas membaca Basmallah 1 kali. Bacakan akan surah al Ikhlas 1 kali. Kemudian, beri salam kepada isu rumah 1 kali dan di susuli dengan memberi salam kepada Rasulullah sekali.
8.Adapun kaedah lain apabila keluar rumah. Apabila berkehendak seseorang mukmin utk mbuat perjumpaan penting, agar di lihat akan dirinya dengan penuh kasih sayang, perhormatan dan belas kasihan (seperti temuduga atau pertemuan2 berurusniaga). Maka selepas membaca Basmallah 2 kali di pintu rumah itu, bacalah Surah An Nas 1 kali (di dahului dengan Basmallah yang lain untuk bacaan surah)
9.Ada di katakan oleh Tok Ayah.jika mahukan pandangn manusia itu melihat kita dengan kelembutan maka, semasa melangkah turun, langkah la dengan kaki kiri terlebih dahulu, dan jika untuk kekuatan dan ketinggian, langkah la dengan kaki kanan.
10.Menaiki kenderaan Bacalah Basmallah 3 kali semasa mebuka pintu kenderaan / melangkah masuk. Jika kereta bacakan Basmallah 1 kali semasa pintu di tutup, kemudian berdoa menaiki kenderaan (tambahan). Kemudian baca Basmallah 3 kali sebelum menghidupkn enjin dan bacakan. Kemudian mulakan perjalanan anda. Baca Basmallah 1 kali untuk matikan enjin dan apabila keluar dari kenderaan, bacalah Basmallah sekali / semasa menutup pintu kenderaan.
11.Makan dan minum Adab kebiasaan adalah Basmallah 1 kali. Untuk tujuan melindungi tubuh badan dari makanan dan minimun beracun (pagar tubuh). Baca Basmallah 4 kali sebelum makan dan minum. Jaga sekelian adab dalam makan dan minum. Dan sebahagian darinya adalah pastikan nafas berada dalam keadaan menaik/tarik nafas semasa menyuap makanan atau meminum. *kaedah lain untuk menghindari mudarat dalam makanan dn minuman adalah- Di baca “BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SMA’IE, WAHUWAL HAYYUL QAYYUM ” Kaedah Tok Ayoh Isa
12.Penerang hati Cuma di bacakan kepada air mineral Basmallah 7 kali, kemudian (niat) lalu minum. Di letakan di kepala tidur, dan di minum 2 kali sehari 1.sebaik bangun/sedar dari tido 2.sebelum tido (ajarkan kpd puteri dan putera anda)
13.Penawar kepanasan Kepada para salik atau ahli wirid. Apabila anda masuk suluk/wirid, sentiasa sediakan air mineral di sebelah kanan sejadah. Dan jika berlaku kepanasan. Bacalah Surah An- Nas 1 kali, lalu di minumnya.
14.Selepas wirid dan doa selepas solat 5 waktu Di bacakan 10 atau 11 kali Basmallah sebagai penutup amalan. Bilangan 10 kali adalah untuk tujuan pagar tubuh dan 1 kali utk tujuan kerezekian. Jika salik membiasakan membaca 10 kali dalam masa yang lama dan mendapati pagar diri kuat dan jalan2 rezeki juga menjadi sukar, maka beralihkan bilangan dengan membacanya 11 kali
15.Penyeri wajah dan kesihatan mata Selepas menutup wirid dan doa dengan Basmallah 10 atau 11 kali. Maka di raut mata dengan kedua tapak tangan dari dalam ke luar wajah sebanyak 3 kali. Setiap kali raut di baca Basmallah 1 kali, kemudian di letakkan tapak tangan yang kanan di dahi dan di raut kebawah sehingga hujung dagu dengan berserta membaca Basmallah sebanyak 1 kali (ulang sebanyak 2 kali).
- Mandi Untuk menaik seri dan cahaya tubuh badan, di bacakan Basamallah sebanyak 3 kali sebelum air jatuh ke ubun-ubun. Untuk kaedah mandi bagi perempuan untuk seri tubuh, ada kaedah yg lain – perlu di tunjukan secara praktikal (kaedah mandi biasa untuk lelaki dan perempuan)
Kaedah khusus mandi untuk menaikan seri tubuh (khusus untuk wanita) -Baca akan Basmallah 3 kali semasa air sampai ke ubun2. -Kemudian di ratai air ke seluruh tubuh sambil membaca Basmallah tanpa putus. -Kemudian ambil sabun dan di gosok pada tapak tangan sambil membaca Basmallah 7 kali berserta niat (naik seri seperti anak bidadari di dalam surga). Kemudian letakkan kedua tapak tangan di dahi lalu lurutkan sampai ke dagu sambil membaca Basmallah tanpa putus. -kemudian ambil sabun semula dan gosok pada kedua tapak tangan sambil membaca Basmallah 7 kali(sambil niat/sama)/Kemudian letakkan kedua tapak tangan tadi ke dahi dan lurut sehingga sampai ke ulu hati sambil membaca Basamallah tanpa putus. -kemudian ambil sabun dan gosok di tapak tangan dengan membaca Basmallah 7 kali (sambil niat yg sama) dan lurut kedua tapat tangan tadi dari dahi sehingga sampai ke bahagian ari-ari sambil membaca Basmallah tanpa putus. -Kemudian lurutkan air biasa dari ubun2 (kepala) hingga ke kaki (lurut keluar)(satu badan) sambil membaca Basmallah tanpa putus. -Kemudian sapu/lurutkan sabun dari kepala ke kaki(seluruh badan) sambil membaca Basmallah tanpa putus. -Kemudian baru mandi seperti biasa- (di perbolehkan melurut dan mnyapu sabun secara songsang..)
Apabila selesai dari mandi, berdirilah di pintu bilik mandi dan bersyahadat la sebanyak 3 kali dan kemudian di susuli dgn mebaca Insya Allah sebanyak 3 kali.
16.Memakai pakaian. Baca Basmallah 1 kali. Untuk perempuan, jika mahu menampakkan kelembutan dalam pakaian, dimulakan menyarungkan pakaian dengan anggota kiri terlebih dahulu
17.Memakai gincu Untuk perempuan sahaja, di mulakan bibir bawah dahulu dari kanan ke kiri dengan membaca Basmallah 1 kali. Kemudian diteruskan bibir atas dari kanan ke kiri dengan membaca Basmallah 1 kali.
18.Memasak. Bagi melembutkan hati kepada sesiapa yang memakan makan dan merantai akan keberkatan 1.Semasa memulakan membasuh lauk/beras/sayuran. Baca basmallah sebanyak 9 kali 2.Semasa letak periuk dan terkena api. Bacakan Basmallah sebanyak 5 kali 3.Dan sebaik masak dan di tuangkan ke dalam hidangan.Rasakanlah nasi,lauk,sayuran td(permulaan) dengan membaca Basmallah sebanyak 7 kali, kemudian baru di hidangkan kepada keluar /orang lain.
19.Lemah semangat untuk menghilangkan kemalasan dan lemah semangat pada diri sendiri atau orang lain, duduk dgn keadaan itfarasy (sperti tahayyat dalam solat) atau bersila. Sebolehnya menghadap kiblat. Kemudian membaca Basmallah 1 kali dan tepuk pinggul anda/org lain.Di ulangi sebanyak 3 kali(setiap kali perlu dengan Basmallah=3 kali Basmallah/3 kali tepuk) kemudian Baca Basmallah 3 kali dan tepuk pinggul sekali lg.
20.Memasuki kawasan yang berbahaya dan berisiko seperti hutan belantara atau sebagainya.. Bacalah Basmallah sebanyak 20 x sebelum melangkah masuk dengan niat menjaga tubuh badan (pagar tubuh dari sebarang bahaya).
21.Mentawari tempat Selalunya jika berpindahnya tempat tinggal seseorang kepada rumah kawasan baru (tempat duduk), maka yang pertama sekali didirikan adalah hak Allah pada tempat. Dan Hak itu ada tempat sujud. Dan tiadalah sujud itu melainkan bersih dari hal zahir dan bhatinnya. Maka solatlah 2 rakaat sunat hajat di tempat baru (sediakan air mentah dalam 1 jug/ bekas-diletakkan sudut kanan) selepas solat. Bacakan Basmallah 20 kali(di niatkan sebelum memulakan membacanya untuk mentawari segala kejahatan tempat dari sebarang kejahatan makhluk melata, hikmat dan sebagainya. Kemudian ambil air tadi, lalu di renjiskan ke seluruhan kawasan dalam rumah/tempat tinggal.
Cara merenjis. -mulakan dari kawasan kanan (dari mengadap kiblat) dan ke bahagian kiri (untuk setiap ruangan rumah / tempat tinggal) -celup tangan / jari kanan ke bekas air (di pegang tangan kiri) dan merenjis air tadi dengan sekali renjisan dengan membaca Basmallah 1 kali
Di ulangi renjisan tersebut sehingga habis air sunat hajat tadi. Jika masa untuk solat hajat tiada dan keberkatan dan ketinggian maqamat seseorang sudah memadai. Maka hanya ambil air mentah (dlm bekas) lalu di bacakan Basmallah 20 kali (di mulai niat) dan di ikuti dgn renjisan sperti yg d sebut tadi.
22.Untuk permulaan mendirikan rumah. -Permulaannya adalah pemilihan hari dan ketika. Seeloknya pada hari sabtu di antara pukul 8-9 pagi. -Kemudian cari sesuatu yg sesuai di pacak sebagai asas (buluh). Siapkan buluh untuk di tanam sebagai batu asas tadi dengan membaca Basmallah setiap kali merautnya/membuang ranting2 buluh (dgn pisau atau parang)meraut dari arah ke bawah. Kemudian buatlah sunat hajat 2 rakaat (sertakan air mentah/kayu/buluh td). Selepas sunat hajat.Di bacakan air tadi Basmallah 20 kali untuk menawari tempat.
Kemudian pergi ke kawasan /tempat untuk mendirikn bangunan tadi. Tawari tempat seperti kaedah yang di terangkan di no 21. Kemudian pilih kawasan/tempat untuk menanam buluh tadi (batu asas) yang jika di tanam asas (buluh). Pastikan tempat itu tiada terusik selamanya dari kerja2 pembinaan selepasnya. Setelah di kenal pasti tempatnya , bacakan Basmallah 17 kali (di niatkan hajat) kemudian pacakkan buluh tadi ke dalam tanah sehingga tenggelam.
Untuk tawari tempat/kawasan. (seperti menawari tempat dalam rumah juga)
Bacakan Basmallah 20 kali (di niatkn sebelum memulakan membacanya untuk menawari segala kejahatan tempat, dari sebarang kejahatan makluk melata, hikmat dan sebagainya. Kemudian, ambil air tadi, lalu di renjiskan ke seluruhan kawasan dalam rumah/tempat tinggal. Cara merenjis. -mulakan dari kawasan kanan (dari mengadap kiblat) dan ke bahagian kiri (utk setiap ruangan /kawasan) -celup tangan/jari kanan ke bekas air (di pegang tangan kiri) dan merenjis air tadi dengan sekali renjisan dengan membaca Basmallah 1 kali
Di ulangi renjisan tersebut sehingga abis air sunat hajat tadi. Jika masa untuk solat hajat tiada dan keberkatan dan ketinggian maqamat seseorang sudah memadai. Maka, hanya ambil air mentah (dalam bekas), lalu di bacakan Basmallah 20 kali (di mulai niat) dan di ikuti dgn renjisan sperti yang di sebut tadi.
- Pembinaan yang menghadapi masalah/kelambatan. Sediakan air mentah. Boleh di lakukan solat hajat 2 rakaat atau cukup terus membaca Basmallah sebanyak 21 kali. Kemudian merenjis air tadi dengan setiap renjisan mebaca Basmallah 1 kali (seperti kaedah yang lepas), dari tempat kanan ke kiri. Cuma berbeza renjisan itu perlu dari bawah ke atas (boleh juga di niatkan pada setiap renjisan itu agar urusan pembinaan cepat siap tanpa halangan)
untuk 21,22,23- selepas selesai, pastikan pusingan renjisan air itu sempurna dari kanan ke kiri (seperti tawaf) dan kembali berdiri di tempat asal(permulaan) kemudian menghadap kiblat lalu bacakanlah *La ilaha illAllah Muhammad Rasulullah fi kulli lamhatin wanafasin ‘ada dama wasi’ahu ilmullah (sebanyak 3 kali) dan di susuli dengan lafaz Insyallah (sebanyak 3 kali).
24.Di pejabat atau sekolah – memasuki pintu bangunan dengan membaca Basmallah 3 kali dan keluar darinya dengan membaca 1 kali Basmallah
25.Belajar Buka kitab atau mulakan dengan Basmallah 3 kali dan menutupnya dgn bacaan Basmallah 1 kali
26.Duduk Mebaca Basmallah 3 kali setiap kali duduk dan membaca Basmallah 1 kali setiap kali bangun dari duduk.
27.Godam Hikmat/Iblis Bacakan Basmallah 20 kali (sebagai pelindung tubuh) dan ambil pokok kecil dengan membaca Basmallah 3 kali. Ambil dengan tangan kiri. Kemudian rautkan /buang kulit dan selaputnya sambil membaca Basmallah tanpa putus. Kemudian di letakan di bawah rumah/di tangga/di luar rumah(tidak boleh di bawa ke dalam rumah) Selepas solat hajat 2 /4 rakaat selepas pukul 11 malam. Bawa hikmat tadi ke tanah/bumi dan Baca Basmallah 20 kali sebagai pelindung tubuh Kemudian di bakar ia sambil godam dengan batang kayu tadi dengan membaca Basmallah 20 kali sehingga selesai Kemudian bersyahadatlah sebanyak 3 kali dan di tutup dengan mengucapkan In sya Allah 3 kali
28.Memulihkan kedegilan anak lelaki Ambil baju yang mereka pakai pada waktu malam dan di bacakan Basmallah 20 kali.Kemudian pada keesokannya slepas waktu Zohor dan sebelum waktu Asar, baca Basmallah sebanyak 4 kali dan bakar ia. (niatkan untuk membakar segala sifat amarah anak tersebut)
29.Pemulihan penyakit Rendam baju yang di pakai mereka di dalam sebuah bekas berisi air pada waktu pagi dan di bacakan Basmallah 17 kali. Keesokannya, selepas waktu Zohor dan sebelum asar, basuhkan ia dan perah airnya secara/kearah keluar sambil membaca Basmallah tanpa putus. Kemudian kebas ia ke arah keluar dan jemur
30.Kelembutan untuk anak perempuan. Di rendamkan baju mereka di sebelah pagi dengan membaca Basmallah 17 kali. Selepas waktu Zohor dan sebelum waktu Asar basuh ia dan di perah airnya secara/ke arah ke dalam dengan membaca Basmallah tanpa putus. Kemudian kebas ia ke arah ke dalam dan jemur
-
Ibu Duit Ambil satu duit kertas, (tak kira berapa nilainya) dan bacakan kepadanya Basmallah sebanyak 17 kali. Di ulangi selama 21 malam, kemudian simpan akan duit tersebut
-
Pemakaian cincin Rendam di dalam air selama 1/2 (setengah hari) dengan membaca Basmallah 41 kali kemudian di ambil dan di mulai memakainya pada hari sabtu, khamis atau isnin Pakaikan ia di jari manis dengan di mulai dgn bacaan Basmallah 17 kali
33.Air Minuman di rumah Ambil 3 bekas dan 1 darinya adalah yang paling besar. Isikan air minuman (air yang di minum seharian di rumah/air yg sudah masa/air mineral) masukan kedalam 3 bekas sama banyak. Aturkan bekas2 air tadi seperti di bawah dan bersila/duduk di depannya. – Renung/pegang bekas air no 1 (sambil melihat kepada air /bekas pertama dari sebelah kanan. Baca akan Basmallah sebanyak 3 kali kemudian tukar ker arah kiri sekali seperti gambarajah di bawah. -Renung/pegang bekas air no 3 dan baca Basmallah sebnayak 3 kali dan tukar ke arah kanan sekali. -Renung/pegang bekas air no 2 dan baca Basmallah 7 kali.
basmallah
Kemudian di satukan semua air tadi ke dalam bekas no 2. Selepas beberapa seketika renung /pegang bekas no 2 tadi dan baca basmallah sebanyak 17 kali. kemudian setelah behenti sejenak,Baca lagi Basmallah sebanyak 21 kali (di dahului dengan niat) Air ini letakan di seuatu tempat kelaziman untuk minuman seharian(semua org)
- Penawar Ism-Orang2 yang kepanasan dalam beramal atau berilmu (gila ism) Sediakan 7 bekas air dan susun seperti gambarah di bawah. 1 darinya adalah bekas yang paling besar.
basmallah1
Duduk di depan bekas air tadi dan mula- -Renung/pegang bekas/air no 1 dan baca akan Basmallah sebanyak 7 kali dan tukar ke arah kiri sekali.(no 7) -Renung /pegang bekas/air no 7 dan baca akan Basmallah sebanyak 7 kali dan tukar ke arah kanan sekali.(no 1) -Renung /pegang bekas /air no 2 dan baca akan Basmallah sebanyak 7 kali dan tukar ke no 6 -Renung /pegang bekas /air no 6 dan baca akan Basmallah sebanyak 7 kali dan tukar ke no 2 -Renung /pegang bekas/ air no 3 dan baca akan Basmallah sebanyak 7 kali dan tukar ke no 5 -Renung /pegang bekas/ air no 5 dan baca akan Basmallah sebanyak 7 kali dan tukar ke no 3 -Renung/pegang bekas /air no 4(yang tengah) dan baca akan Basmallah sebanyak 21 kali.
Kemudian satukan semua air tadi di dalam bekas no 4 (yang tengah). Setelah seketika baca akan Basmallah sebanyak 41 kali kemudian setelah bberapa ketika baca lagi Basmallah 101 kali (di dahului dengan niat) Kemudian di berikan kepada orang sakit tadi/diri sendiri. In sya Allah.
35.Membuka kedai
Jika membuka pintu kedai dari dalam- ia di lakukan begini -Dari dalam kedai letakan sedikit makanan di atas meja/jika restoran. Jika perniagaan lain, cukuplah niat. Bacakan Basmallah sebanyak 5 kali dan keluar dari kedai (membuka pintu dan terus keluar sehingga hujung atap). Berdiri di hujung atap dan bacakan Basmallah sebanyak 5 kali. Kemudian undur semula ke dalam kedai ke tempat bermulanya tadi dengan 1 langkah dengan membaca Basmallah 1 kali (jangan menoleh ke belakang). Apabila sudah sampai di permulaan meja (tempat makan tadi) ambil makanan tersebut dan baca basmallah sebanyak 1 kali dan makan.
Jika membuka pintu kedai dari luar. -di bacakan Basmallah sebanyak 5 kali dan buka pintu lalu berjalan masuk ke meja. Letakan sedikit makan di meja dan melangkah keluar semula sehingga ke hujung atap kedai. Kemudian mebaca Basmallah sebanyak 5 kali dan melangkah kebelakang (undur tanpa menoleh) setiap langkah bacakan Basmallah 1 kali sehingga sampai kepada tempat makanan di atas meja tadi. Ambil makan tersebut dan baca Basmallah 1 kali dan makan.
nota:Kaedah ini di gabungkan dengan suatu amalan memanggil sekalian Roh Ummat Nabi Muhammad. Jika tiada,maka cukup dengan sekadar yang di sebut di atas. -kedua2 kaedah ini di sudahi dgn membaca syahadah sebanyak 3 kali dan in sya Allah sebanyak 3 kali.
36.Untuk mngubati penyakit di badan sendiri dan orang lain. – Ambil air liur di langit mulut anda dengan ibu jari kanan (di mulai dengan membaca Basmallah sebanyak 7 kali) Kemudian di guntil/di tekan2 di tempat sakit, riso, bengkak sambil membaca Basmallah tanpa putus. Jika di lakukan urutan, jadikan urutan itu dari arah kanan ke kiri.
37.Pemulihan dari Ilmu Gerak. Jika ada gerak2 kulit dari paras hidung ke atas, ia adalah maksud ada sesuatu yang buruk bakal berlaku.Yang berkaitan harta dan jiwa. Cara untuk pulihkan adalah, letak tangan kanan di kawasan mata/hidung dan lurutkan ke atas sambil membaca Basmallah sebanyak 3 kali(niatkan mebuang segala bahaya musibah)
38.Pemulihan lemah semangat dengan cara air sunat hajat/air tawar (rukhyah) Di bacakan Basmllah sebanyak 17 kali sambil di ikuti oleh si murid/anak/pesakit. Kemudian di berikan kepada mereka untuk di minum.
39.Kaedah Air Sunat Hajat/rukhyah untuk anak2 degil dari menerima nasihat. -Ambil bekas kosong dan baca Basmallah sebanyak 9 kali. Kemudian, ambil air sunat hajat dan dibacakan Basmallah sebanyak 7 kali .Kemudian tuangkan ke dalam bekas kosong tadi. -Tuangkan ke dalam gelas dan baca Basamallah 7 kali lalu di minum(diri sendiri) dan Baca Basmallah sebanyak 6 kali untuk di berikan kepada anak2.
Nota: jika anak perempuan bapa yg perlu berikan. Jika anak lelaki ibu yang berikan.
40.Menghantar sesuatu dokumen permohonan/minta perkerjaan /borang /kertas peperiksaan -Di mulakan dengan mebaca Basmallah sebanyak 3 kali sebelum mengisi borang/menjawab soalan. -Setelah selesai/di tutup/di masukan di dalam sampul,di bacakan Basmallah sebanyak 1 kali -Masa menghantar kepada orang2 yg berkenaan/meletakan dalam tong surat, baca Basllah sebanyak 17 kali (di mulai dengan niat)
41.Pagar Rumah dari segala kejahatan makluk dan alam -Berdiri di muka pintu depan rumah dan bacakan Basmallah sebanyak 4 kali. -Kemudian berjalan la pintu pagar utama rumah dan berdiri di depan pintu pagar .Baca Basmallah sebanyak 20 kali. -Kemudian melangkah undur ke arah pintu rumah semula tanpa menoleh kebelakang. Setiap langkah di bacakan Basmallah sebanyak 1 kali. -Sampai di pintu. bediri di sana dan baca Basmallah sebanyak 1 kali
Sudahi dengan syahadah 3 kali dan d sambung dengan Insya Allah sebnyak 3 kali.
42.Menempatkan iblis/jin (khusus kpd orang2 yang ada maqam dalam kerohaniannya) -ia bergantung kepada asal usul iblis dan jin tersebut sama ada dari laut, pantai, padang, hutan, padang atau pokok. -Pergi ke tempat asal mereka dan bacakan Basmallah sebanyak 20 kali. kemudian tepuk la kepada pokok (contoh) sebanyak 8 kali beserta pesan/mengatakan kamu duduk di sini
43.Memulihkan semangat orang yang yang berlaku jahat terhadap diri kita. -Ambil air sunat hajat dan berkemang (simpan dalam mulut) sambil mebaca basmallah 17 kali di dalam hati. Lakukan di depan orang tadi. -Kemudian semburkan air itu ke mukanya.
44.Menawari kenderaan (kenderaan baru atau yang selalu bermasalah)
-Ambil air sunat hajat dan baca Basmallah sebanyak 20 kali sambil berdiri di hadapan kenderaan tadi. -Kemudian renjislah air tadi dari kanan ke kiri sehingga cukup 1 keliling
Sudahi dengan membaca syahadah sebnayak 3 kali dan In sya Allah 3 kali
45.Buang Kasih. – kasih sayang seseorang yang melampau terhadap kita adakalanya meyakiti dan menghijap mereka kepada Tuhan Rabbul A’ lamin. Cara untuk hilang kan kesangatan kasih sayang itu adalah -Berkumur dengan air sambil membaca Basmallah sebanyak 3 kali (dengan niat) dan di ludah ke bumi menghadap arah tempat seseorang itu berada/tinggal.
Cara lain dengan dengan berdiri di atas tanah dalam menghadap arah orang tersebut lalu membaca Basmllah 3 kali kemudian niat(membuang perasaan yg berlebihan(yang tidak berhak) kemudian meludahnya ke tanah (arah orang tersebut) Kemduian mebaca Basmallah sebanyak 7 kali (di niatakan yang sama) dan di tiup ke arah orang tersebut.
Kemudian bersahadah sebyk 3 kali dan katakanlah in sya allah sebanyak 3 kali.
————————————————————————————————————————————————————————————————————–
Dari sumber yang berasingan
46.Memulihkan bayi terkena sawan/budak kecil yang selalu terkejut -Tulis Basmallah di atas kertas sebanyak 21 kali dan di beri pakai kepada budak kecil tadi
47.Di permudahkan reski. -Di tulis Basmallah 121 di atas kulit kijang dengan misik za’faran. Bila lengkap dan benar maka di bawa pada orang yang susah kereskiannya, di perluaskan rezeki dan di permudahkan membayar hutang.
48.Melindung rumah dari kejahatan makhluk dan alam -Di tulis Basmallah sebanyak 35 kali pada kertas lalu di gantung pada rumah -Tidak akan di masuki syaitan dan jin. -Di berikan berkat pada harta dan usaha.
49.Menjaga Tanaman/kebun -Di tuliskan basmallah pada kertas putih lalu di rendamkan di tengah2 kebun/kawasan tanaman, -Hasil tanaman menjadi baik dan sempurna
50.Melimpah rezeki untuk hasil pertanian -Solat hajat 2 rakaat -Setelah selsai solat ,di wiridkan Basmallah sebanyak 1000 kali
51.Di permudahkan reski -Baca Basmallah sebanyak 300 kali di waktu terbit matahari (selepas solat subuh dan sebelum habisnya waktunya) dengan menghadap matahari. Setelah itu itu di susuli dengan membaca Shalawat Allahumma shalli a’la Muhammad sebanyak 300 kali (telah di jazamkn sebelum ini).
52.Sebelum tidur -Membaca Basmallah sebanyak 21 kali -Terhindar dari kejahatan dan selamat dari mati terkejut
53.Penyembuh penyakit dan sihir -Bacakan Basmallah 100 kali kepada mana2 penyakit atau orang terkena sihir selama 7 hari berturut2. Insyallah akan sembuh.
54.Makbul doa. -Membaca Basmallah sebanyak 113 kali pada hari jumaat ketika khatib di atas mimbar, kemudian berdoa lah bersama2 khatib.Insya Allah makbul.
55.Menarik reski yang tidak terhingga -Bacakan la Basmallah sebanyak 313 kali ketika terbit matahari (antara waktu subuh dan sebelum habisnya waktu) pada hari Ahad dengan keadaan menghadap kiblat. Nescaya di kurniakan rezeki yang tidak terhingga.
56.Mudah tercapai hajat -Di bacakan Basmalllah sebanyak 787 di tempat khilwah selama 7 hari berturut. (keutamaan di sertai dengan puasa)
57.Membuka pintu ilmu dan kefahaman -Bacakan Basmallah sebanyak 2500 kali selepas solat subuh selama 40 hari berturut-turut.In sya Allah.
58.Agar semua manusia bersetuju dengan nya -Bacakan Basmallah sebanyak 2500 kali pada setiap hari
59.Mudah tercapai hajat -Membaca Basmallah sebanyak 1000 kali pada setiap hari
60.Terlepas dari bala dan kesusahan -Membaca Basmallah sebanyak 1000 kali pada siang dan malamnya
61.Penawar kepada kebodohan dan lemah ingatan -Di bacakan Basmallah kepada air hujan sebanyak 1000 kali dan di berikan kepada budak bodoh ketika terbit matahari -Lakukan berturutan selama 7 pagi. In sya Allah di angkat darjat dan di permudahkan daya ingatan
Perbanyakan bacaan Basmallah dalam kehidupan, nescaya -Di permudahkan kehidupannya -Di permudahkan keluar nyawa dan tidak merasai kesakitan -Di beri fasih lidah untuk menjawab pertanyan Mungkar dan Nakir -Di perluaskan kuburnya dengan cahaya yang gemilang -Di keluarkan kubur dengan keadaan putih kulitnya dan bercahaya serta di permudahakan titian sirat ke atasnya ke syurga.
-Adalah saya yang tersangat fakir ini menjazamkan apa yang di tulis di sini untuk pengalaman para pembaca semua. Semoga kita semua mendapat limpah Kurniaan, Petunjuk, Hidayah serta InayahNya,
Nota: Untuk pengunaan air untuk tujuan2 tertentu (bukan minum) gunakan air mentah (menjauhi dari unsur iblis/api) dan jika untuk tujuan minum, gunakan air mineral.
Let me know what you think of this article on twitter @tehnoblequran or leave a comment below!