Alam Kegelapan

by on under Keilmuan
1 minute read

Alam ini suatu kegelapan dan diriku sesuatu kekosongan. Pernah ku lihat cahaya dari limpahan kehidupan. Lalu aku merentasi al jabarut, menyusuri adyan dan timbul di dalam bakat (alam kehidupan).

Cahaya itu aku hampiri.. Di dalamnya adalah ketulusan.. Dalam ketulusan ada rasa.. Dalam rasa ku temui kesucian.. Dalam kesucian ada keindahan.. Dan dalam keindahan ku temui rahsia.. Aku cuba menghampirinya(cahaya) lalu ia malap kerana kegelapanku.. Aku cuba mengiringinya(ketulusan) namun ia mulai bengkok kerana kedustaan ku.. Aku menyelaminya(rasa)namun ia berubah kerana kekejianku.. Aku menyentuh kesuciaan lalu ia tercemar kerana kekotoranku.. Aku mendampingi keindahan namun ia mula berubah kerana keburukanku.

Maka ku dalami rahsia. Karam di lautanNya. Aku mendapati yang dekat itu terpisah.. Yang bersama itu berjauhan.. Yang ku cari dan harapkan itu adalah kehilangan yang tak mungkin di temui.. Apa yang kutemui itu adalah sirna.. Wujudnya adalah kehampiran yang terpisah. Keceberaian dalam kesatuan.. Keindahan itu bukan miliku.. Dan tidak layak bagiku untuk dampingi. Biarkan aku menjauh pergi ke alam ketetapan agar ia kembali berseri dan bercahaya.. Supaya dari kejauhan aku mampu melihat keindahan itu semula. :( Yang tiada terusik dengan kekejianku.

Kerana aku lah alam kegelapan dan kekosongan..

comments powered by Disqus