Dunia dan Akhirat

by on under Keilmuan
1 minute read

Sekurang-kurang tingkat seorang yang berilmu itu, mengetahui kehinaan dunia, keburukan, kekotoran dan kebimbanganya. Kebesaran akhirat, keabadian, kebersihan nikmat dan keluhuran kerajaannya. Dan mengetahui bahawa antara dunia dan akhirat itu berlawanan. Keduanya seumpama dua wanita yang bermadu, manakala dicari kerelaan yang seorang, maka yang lain marah. Dan seumpama dua dacing, manakala berat yang satu, maka yang lain ringan.

Dunia dan akhirat itu laksana masyriq dan magrib. Manakala didekati yang satu, maka pasti bertambah jauh dari yang lain. Atau seumpama dua wadah, yang satu penuh dan yang lain kosong. Sebanyak yang diambil dari yang berisi untuk dituangkan ke dalam yang kosong sampai penuh, maka demikianlah kosong yang berisi itu.

Maka orang yang tidak mengenal kehinaan dunia, kekotoran dan kecampur-bauran kelazatan dengan kesakitannya, kemudian ketakutan apa yang kelihatan bersih dari dunia itu, maka orang itu adalah manusia yang telah rosak akal.

comments powered by Disqus