Angin Itu Semakin Berlalu..

by on under Keilmuan
1 minute read

Angin itu semakin berlalu.. Walaupun perbicaraan yang di ulang tetap sama.. Namun ia sudah berlainan.. Kejauhan yang tak mampu di capai.. Kedalaman yang tak mungkin di selami.. Keindahan yang terabadi.. Yang tiada akan terpadam.. Wahai Tuhan Ku.. Sesaat Engkau hadirkan keindahan itu dalam limpahan kalbuku.. Ia sudah cukup bagi kehinaan diriku merasai lalu menghargainya(mensyukurinya) sepanjang nafasku.

Mendalami akan kesabaran dan berdiri teguh atas keyakinan untuk tidak terburu-buru mendapatkan sesuatu yang di harapkan dan di impikan.

Kerana masa itu terjamin dengan kandungan TakdirNya.

Dan apa jua yang hadir bagi jiwa-jiwa yang bertaqarrub (bertawakal dan berserah diri) adalah yang terbaik untuk di hadapi dan miliki.

Kerana keyakinan itu PASTI dan semuanya akan INDAH pada waktu dan tempatnya.

Begitu INDAHnya hari-hari yang di lalui, namun tak seperti indahnya hati dengan rahsiaNya.

Indahnya bintang-bintang di langit yang menghiasi malam, tapi tak juga seindah batin dengan kemanisanNya.

Bulan yang menerangi gelapnya bumi tak jua mampu menerangi batin yang terlanjur kelam kerana CINTA ILAHI.

Sesungguhnya Keagungan ILAHI jauh lebih INDAH dan NYATA dari apa yang ada di dalam dada manusia(nasfu).

Namun mengapa kah diri masih karam dan tenggelam dalam diri sendiri dan alam kehidupan tanpa mampu mendekati…mengenali dan menyintaiNya.

comments powered by Disqus