Ilmu hikmah

by on under Keilmuan
1 minute read

Syeikh Dr Mustafa Bugha menceritakan kepada kami:

Ada seorang penulis tidak terkenal, menulis tulisan tentang pertembungan agama Islam dengan ilmu moden, lalu mengkritik sebahagian ajaran agama. Nilai tulisan tersebut sebenarnya sangatlah rendah dan tidak ilmiah.

Satu ketika, penulis itu sempat bertemu Syeikh Ali Tantawi, seorang ulama besar. Dia bertanya kalau Syeikh itu ada membaca tulisannya. Jawabnya Syeikh itu, “Ya. Ada”. Penulis itu bertanya: “apa pendapatmu?”. Jawab Syeikh: “tulisan kamu hanya cakap kosong.” Lalu penulis itu menjawab: “mengapa kamu tidak membantah dan menjawabnya? “. Syeikh berkata: “tidak perlu”.

Lalu, penulis itu menulis artikel kedua yang lebih buruk mengkritik agama. Dia kemudiannya bertemu Syeikh Ali Tantawi dan bertanya perkara yang sama. Lalu Syeikh juga menjawab dgn jawapan yang sama.

Lalu, penulis itu menulis artikel yang lebih buruk daripada sebelumnya. Kemudian dia datang sekali lagi kepada Syeikh Ali Tantawi dan bertanya tentang artikel ketiganya. Syeikh juga menjawab bahawa dia telah membacanya. Sekali lagi penulis itu bertanya mengapa tidak menjawab dan mengkritik tulisannya? “.

Akhirnya Syeikh menjawab: “Saya tahu apa tujuanmu. Kamu ingin saya menjawab tulisanmu lalu kamu akan menjadi lebih terkenal kerana saya menjawab tulisanmu. Itu malah akan menyebabkan lebih ramai orang mahu membaca tulisanmu berbanding sekarang. Jawapanku kepadamu, tidak sama sekali saya akan menjawab tulisanmu lalu membuatkan kamu terkenal.”

Subahanallah..

comments powered by Disqus