Hukum Jirus Air atas Kubur

by on under Tazkirah
1 minute read

Amalan menjirus air ke kubur hukumnya SUNNAT di dalam mazhab Syafie. Tetapi yang disunnatkan hanya dengan air semata-mata dan bukannya air mawar sebagaimana kelaziman sesetengah masyarakat kita. Menjirus air dengan air mawar dihukumkan MAKRUH kerana ianya dikira satu pembaziran.

Imam asy-Syafi meriwayatkan daripada Ibraahiim bin Muhammad daripada Ja’far bin Muhammad daripada ayahandanya bahawasanya Junjungan Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wasallam telah menyiram (air) atas kubur anakanda baginda Ibrahim dan meletakkan atasnya batu-batu kerikil. Riwayat ini terkandung dalam “Musnad al-Imam al-Mu adzhdzham wal Mujtahid al-Muqaddam Abi Abdillah Muhammad bin Idris asy-Syafi i r.a.”, juzuk 1, Halaman 215.

comments powered by Disqus