Syaitan
“Sesungguhnya marah adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwuduk.” (HR Ahmad & Abu Daud)
Imam al-Ghazali berkata: Ahli ilmu berpendapat bahawa berlakunya sifat marah itu kerana urat saraf manusia ditarik oleh syaitan. Ini bermakna orang yang suka marah bererti telah mengikat persahabatan dengan syaitan.
Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “syaitan mengikat di atas kepala orang yang tidur dengan tiga simpulan, lalu berkata: “Bagi kamu malam yang panjang, tidurlah!”. Apabila orang itu bangun dan mengingati Allah, terbukalah satu simpulan. Apabila orang itu berwuduk, terbukalah satu lagi simpulan. Apabila orang itu bersolat, terbukalah kesemua simpulan. Maka pada hari itu orang tersebut akan bersemangat dan ceria. Jika tidak (iaitu ada simpulan yang masih terikat) maka pada hari itu orang tersebut akan merasa malas dan tidak ceria”. (HR. Bukhari)
Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam bersabda, “Apabila kamu bangun dari tidur, beristintsaarlah (memasukkan air ke dalam hidung) tiga kali kerana syaitan bermalam di rongga hidung.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Daripada Ibnu ‘Abbas katanya : Sabda Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud : Syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia. Apabila manusia ingat Allah maka ia akan mengundur diri dan apabila manusia lalai maka ia akan membisikkan kejahatan. (HR. Bukhari)
Nabi Sallalahu Alaihi Wasallam bersabda, “Jika salah seorang dari kalian hendak makan, makanlah dengan tangan kanan. Dan apabila ingin minum, minumlah dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya” (HR. Muslim)
Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam bersabda: “ Sesungguhnya Allah Ta’ala membenci orang yang menguap. Menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya semampunya. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.” (HR Bukhari)
Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangan pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). (HR Muslim)
“Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Oleh itu, apabila kamu terasa ingin menguap, maka hendaklah berusaha menahannya.” (HR At-Tirmizi).
Nabi Sallalahu Alaihi Wasallam bersabda Abu Hurairah r.a berkata: “Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam bersabda, “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muadzin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamat dikumandangkan, ia berlari. Apabila telah selesai iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya: “Ingatlah apa yang tadinya kamu tidak ingat!”, sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat dia solat”. (HR Bukhari)
Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam telah bersabda, “Jika salah seorang dari kamu solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai dia tidak tahu berapa rakaat yang dia telah kerjakan. Apabila salah seorang dari kamu mengalami hal itu, hendaklah dia sujud dua kali (sujud sahwi).” (HR Bukhari dan Muslim)
Doa sebelum solat: Robbi a’u zubika min hamaza tisy shaya thiin, wa a’u zubika robbi any yah dhu ruun. (Ya Allah. Aku berlindung kepada Engkau daripada gangguan syaitan dan aku berlindung kepada Engkau wahai Tuhan dari kedatangan mereka.)
“Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwuduk.” (HR Ahmad & Abu Daud)
“Jika ada tiga orang lelaki dalam sesebuah kampung atau sesebuah desa tetapi tidak mengerjakan solat berjamaah di masjid, melainkan mereka (mudah) dikuasai oleh syaitan, oleh itu hendaklah engkau sentiasa menyatukan diri dengan jama’ah (kerana dengan itulah sahaja engkau akan selamat dari angkara syaitan)”. (HR Ahmad).
Dari Jabir bin Abdillah ra, Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu menyebut nama Allah ketika hendak masuk rumahnya dan menyebut nama Allah ketika hendak makan, maka syaitan akan berkata sesama meraka, “Kita tidak ada tempat tinggal dan tidak dapat makanan hari ini.” Tetapi apabila dia masuk rumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitan berkata, “Kita ada tempat menginap hari ini.” Dan apabila dia tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan berkata, “Kita ada tempat menginap dan dapat makanan hari ini.” (HR Muslim)
Dari Abdullah bin Mas’ud berkata bahawa ada seorang yang diceritakan kepada Rasulullah yang terus tidur hingga pagi hari dan tidak bangun untuk mengerjakan solat. Maka Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya syaitan telah kencing pada telinganya !”. (Sahih Bukhari: 245)
Daripada Anas bin Malik, katanya: “Nabi Sallalahu Alaihi Wasallam apabila mahu masuk tandas baginda mengucapkan: ALLAHUMA INNI ‘AUU ZUBIKA MINAL KHUBU SI WAL KHABAA IZ (Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada syaitan lelaki dan syaitan perempuan).” (HR At-Tirmizi)
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam bersabda: “Jika seseorang keluar dari rumahnya lalu membaca: Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, walaa haula wala quwwata illa billah, maka malaikat akan berkata kepadanya: “kamu telah diberi petunjuk oleh Allah Ta’ala, dicukupkan dalam segala keperluanmu dan dijaga dari semua keburukan”, sehingga syaitan pun tidak boleh mendekatinya, dan syaitan yang lain berkata kepada temannya: Bagaimana mungkin kamu dapat memperdaya seorang yang telah diberi petunjuk, dicukupkan dan dijaga oleh Allah Ta’ala?” (HR Abu Dawud (no. 5095), at-Tirmidzi (no. 3426) dan Ibnu Hibban (no. 822))
Sabda Rasulullah , “Di dalam surah al-Baqarah, ada satu ayat yang menjadi penghulu bagi ayat al-Quran, tidak dibacanya dalam rumah yang ada di dalamnya syaitan melainkan keluar ia daripadanya, itulah ayat Kursi” (riwayat al-Hakim)
Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam bersabda, “Gopoh-gapah itu dari amalan syaitan dan sifat tenang itu adalah dari Allah Taala” (HR Al-Baihaqi)
Dari Aisyah, Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya syaitan akan datang kepada seseorang diantara kamu lalu ia berkata: “Siapa yang menciptakan kamu?” Lalu dia menjawab: ‘Allah’, kemudian syaitan akan bertanya lagi: Siapakah yang mencipta Allah?” Apabila seorang di antara kamu mendapati hal semacam itu, maka hendaklah dia berkata “aman tu billahi wa rasulih” (aku beriman kepada Allah dan RasulNya) dan dengan ucapan itu syaitan itu akan pergi dari dirinya.” (HR. Ahmad dengan sanad hassan)
Wallahu a’lam.
Let me know what you think of this article on twitter @tehnoblequran or leave a comment below!