Balasan Berselawat
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ
Hari Jumaat, Hari berselawat, Al Habib Umar bin Hafidz ketika menceritakan kelebihan selawat… kata Habib, “ Berapa banyak dimajlis ini kita berselawat ke atas Nabi? Apa yang dijanjikan selawat kita ke atasnya? Balasannya, Allah pemilik Arays yang Agung akan membalas selawat kita. Seandainya Nabi membalas selawat kita, itu pun sudah sangat besar bagi kita.
Seandainya selawat kita dibalas oleh makhluk lain yang tinggi derajatnya seperti para malaikat, auliya’ Allah itu pun sudah besar juga bagi kita, bagaimana pula sekiranya yang berselawat ke atas kita itu adalah Allah. Tuhan segala sesuatu. Raja segala sesuatu, yang Maha Mampu Berbuat sesuatu. Yang berkuasa ke atas sesuatu dan balasan ke atas selawat itu bukannya satu tapi 10 selawat bagi 1.
Disebut ahli makrifatullah, seandainya ditimbang amalan semua makhluk di atas satu timbangan, tapi satu selawat dari Allah di satu timbangan, nescaya satu selawat Allah di atas timbangan lebih berat dari segala amal di atas muka bumi ini.”
Let me know what you think of this article on twitter @tehnoblequran or leave a comment below!