Hukum Minum Berdiri

by on under Tazkirah
1 minute read

Abu Hurairah radhiallahu anhu berkata: Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam bersabda: “Janganlah sekali-kali salah seorang di antara kalian minum sambil berdiri. Apabila dia lupa maka hendaknya dia muntahkan.” (HR. Muslim no. 2026)

Dari Anas radhiallahu anhu dari Nabi Sallalahu Alaihi Wasallam beliau bersabda: “Bahawa beliau melarang seseorang minum sambil berdiri.” (HR. Muslim no. 2024)

Ali radhliallahu ‘anhu pernah datang dan berdiri di depan pintu rahbah, lalu dia minum sambil berdiri. Setelah itu dia berkata: “Sesungguhnya orang-orang merasa benci bila salah seorang dari kalian minum sambil berdiri, padahal aku pernah melihat Nabi Sallalahu Alaihi Wasallam melakukannya sebagaimana kalian melihat ku saat ini (berdiri).” (HR. Al-Bukhari no. 5615)

Ibnu ‘Abbas radhiallahu anhuma berkata:“Aku memberi minum kepada Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam dari air zam-zam, lalu beliau minum sambil berdiri.” (HR. Al-Bukhari no. 1637 dan Muslim no. 2027)

Di dalam kitab Ar-Raudhah, Imam An-Nawawi rahimahullah mengatakan bahawa minum sambil berdiri hukumnya TIDAK MAKRUH.

Di dalam kitab Riyadhus-Shalihin, Imam An-Nawawi rahimahullah mengatakan hukum minum sambil berdiri adalah DIBOLEHKAN. Ada hadis yang menyebutkan bahawa Nabi Sallalahu Alaihi Wasallam melakukannya. Meski pun demikian beliau pun menerima kesahihan hadis yang melarang minum sambil berdiri. Maka kesimpulan ialah dibolehkan minum sambil berdiri tetapi lebih utama jika duduk.

Wallahu ‘alam.

comments powered by Disqus