Khawarij

by on under Tazkirah
1 minute read

Al-Imam an-Nawawi rahimahullah berkata, “Dinamakan Khawarij kerana keluarnya mereka dari jamaah kaum muslimin. Dikatakan pula kerana keluarnya mereka dari jalan(manhaj) jamaah kaum muslimin, dan dikatakan pula kerana sabda Rasulullah saw: ….يَخْرُجُ مِنْ ضِئْضِئِ هَذَا “Akan keluar dari diri orang ini…” (al-Minhaj Syarhu Shahih Muslim bin al-Hajjaj, 7/145)

Al-Hafizh Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah berkata, “Dinamakan dengan Khawarij kerana keluarnya mereka dari deen(agama) dan keluarnya mereka dari ketaatan terhadap orang-orang terbaik dari kaum muslimin.” (Fathul Bari Bisyarhi Shahihil Bukhari, 12/296)

Asy-Syaikh Dr. Shalih bin Fauzan al-Fauzan hafizhahullah berkata bahawa mazhab mereka adalah tidak berpegang dengan As-Sunnah wal Jamaah, tidak mentaati pemimpin, berkeyakinan bahwa memberontak terhadap pemerintah dan memisahkan diri dari jamaah kaum muslimin merupakan sebahagian dari agama. Hal ini menyelisihi apa yang diwasiatkan oleh Rasulullah saw agar sentiasa mentaati pemerintah (dalam hal yang ma’ruf/yang tidak bertentangan dengan syariat) dan menyelisihi apa yang telah diperintahkan oleh Allah ‘azza wa jalla dalam firman-Nya:

أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ “Taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, serta Ulil Amri (pemimpin) di antara kalian.” (an-Nisa’: 59)

Allah ‘azza wa jalla dan Nabi-Nya saw menjadikan ketaatan kepada pemimpin sebagai sebahagian dari agama… Mereka (Khawarij) menyatakan bahawa pelaku dosa besar telah kafir, tidak diampuni dosa-dosanya, kekal di neraka, dan ini bertentangan dengan apa yang terdapat di dalam Kitabullah (Al-Qur’an). (Lamhatun ‘Anil Firaqidh Dhallah, hlm. 31—33)

Al-Hafizh rahimahullah juga berkata, “Kemudian mereka berpendapat bahawa siapa saja yang tidak berkeyakinan dengan akidah mereka, maka dia kafir, halal darah, harta, dan keluarganya.” (Fathul Bari, 12/297)

Wallahu A’lam.

comments powered by Disqus