Imam Syafie Menghukum Kafir Orang Yang Mengatakan Allah Duduk Atas Arasy

by on under Tazkirah
1 minute read

Al-Imam al-Mujtahid Muhammad ibn Idris radiyallahu anhu (wafat 204 H), seorang ulama SALAF yang lebih dikenali dengan nama Imam Shafie mengatakan:

مَنِ اعَقَدَ أَنَّ اللّهَ جَالِسٌ عَلَى العَرشِ فَهُوَ كَافِرٌ فَلَا تَصِحُّ الصَّلَاةُ خَلفَهُ

Maksudnya: “Sesiapa yang meyakini Allah duduk, bersemayam, di atas arasy, maka dia telah kafir, maka tidak sah bermakmum solat kepada orang tersebut”. (Kifayah an-Nabih Syarah at-Tanbih karya Ibn ar-Rif’ah,Juz 4 hal 24 cetakan Dar al-Kutub)

Imam Shafie mengatakan:

“مَنْ قَالَ أَوِ اعْتَقَدَ أَنَّ اللهَ جَالِسٌ عَلَى الْعَرْشِ فَهُوَ كَافِرٌ”.

Maksudnya:

“Sesiapa berkata atau berkeyakinan bahawa Allah duduk/berada di atas Arasy maka dia telah kafir “. (Diriwayatkan oleh Ibnu Muallim al Qurasyi dalam kitabnya Najm al Muhtadi Wa Rajm al Mutadi. h. 155.)

Imam Shafie mengatakan :

“مَنِ اعْتَقَدَ أَنَّ اللهَ جَالِسٌ عَلَى الْعَرْشِ كُفْرٌ لا صَلاة وَرَاءَهُ”.

Maksudnya:

“Sesiapa yang beraqidah (berpegang/berkeyakinan) bahawa Allah bersemayam/duduk di atas Arasy, maka dia menjadi kafir dan tidak boleh solat (menjadi makmum) di belakangnya”. (Diriwayatkan oleh al-Imam al-Qadhi Najm al-Din dalam kitabnya Kifayah al-Nabih)

Hidayah itu milik ALLAH.

Wallahu A’lam.

comments powered by Disqus