Adab dengan Guru

by on under Tazkirah
1 minute read

Sedarlah Kita Ini Murid

37359641_489435191496574_7799156612303683584_n.jpg

Setinggi manapun kita belajar, Setebal manapun kitab yang kita khatam, Gelaran apapun yang kita terima, Besar manapun pangkat kita;

Kita tetap perlu menjadi KOSONG dihadapan mana-mana GURU kita. Terutama GURU yang BUKA JALAN untuk kita berjalan ke akhirat.

Banyak yang terjadi hari ini, dulunya MURID dihadapan GURU, tetapi setelah menempuh SEDIKIT pengalaman, tiba-tiba berlagak menjadi GURU dihadapan GURU.

Dahulunya mencium tangan, kini tidak lagi. Dahulunya berkhidmat, kini tidak lagi. Bahkan mengharap dirinya pula DIKHIDMATI. Dulu memanggil GURU dengan penuh hormat, kini hanya menyebut nama. Kini dirinya pula minta DIHORMATI.

Semua GURU mengharap MURIDNYA lebih darinya.

Tetapi MURID tidak akan mampu melebihi dari GURUNYA.

Duhai MURID, jangan mudah engkau LUPA DIRI. Jika tidak kerana GURU engkau, tidak engkau kenal jalan ini.

Jangan hilang ADAB dengan GURU! Tiada ADAB maka hilanglah KEBERKATAN.

Kalau murid itu umpama bulu mata, Maka guru Umpama kening Walau tinggi mana bulu mata naik Tak akan sampai setara dengan guru.

Semoga Allah mengurniakan kita adab bersama GURU kita sepertimana yg diingini Guru kita bahkan lebih dari itu InsyaAllah.

Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari