Selamat datang bulan Rabiul Awwal
مرحبا يا ربيع مرحبا شهر الأنوار مرحبا يا شفيع بالرحمة و الأنوار
Ahlan Wa Sahlan Ya Robi’ Al Anwar, Selamat datang duhai Pemberi syafaat kami.
Kebahagian diri bertambah apabila masuknya bulan Rabi’
Rabiul awwal bulan kelahiran penghulu segala rasul saidina Muhammad sallallahu alaihi wa sallam. Bergembiralah golongan yang mencintainya.
Sebahagian kelebihan bumi Madinah:
1) Maqam dan raudhah merupakan taman2 syurga. Yang sampai ke sana pasti akan bahagia, kerana itulah syurga
2) Mimbar baginda Nabi termasuk dalam kawasan Telaga baginda Rasulullah sallahu alaihi wasalam
3) Tanah bumi Madinah menjadi ubat bagi penyakit dan debunya menjadi ubat untuk penyakit kusta
4) Kata Imam Malik: Setiap jalannya pernah dilalui oleh baginda Rasulullah dan Sayyiduna Jibril
5) Antara gunung-gunung Madinah menjadi penawar
6) Allah berikan kebaikan yang banyak sehingga doa cepat dimaqbulkan
7) Dalam ihya, amalan akan digandakan di bumi Madinah Al-Munaawarah
8) Tanah Haram yg aman, Madinah merupakan kubah Islam, Tempat Iman dan tempat hijrahnya baginda Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم
Suntingan dari kitab الدخائر القدسية الى زيارة خير البرية
Selepas solat Jumaat 1 Rabiulawwal 1440H.
Let me know what you think of this article on twitter @tehnoblequran or leave a comment below!