Hakikat Ikhlas

by on under Tazkirah
1 minute read

Imam Hasan Basri

Sembunyikanlah kebaikan-kebaikanmu sebagaimana engkau menyembunyikan aibmu.

Sembunyikanlah amalan-amalanmu sebagaimana engkau menyembunyikan rapat-rapat dosamu.

Tak usahlah menceritakannya kepada dunia, kerana hal itu hanya akan mengikis keikhlasanmu.

Tak perlulah melaporkannya kepada dunia, kerana hal itu hanya akan menggugurkan pahalamu.

Yang soleh pasti tahu, bahawa Malaikat Raqib takkan salah mencatatnya meski tidak diceritakan.

Yang solehah pasti faham, bahawa Allah tak kan keliru membalasnya meski tidak dilaporkan.

“Janganlah kamu tertipu dengan banyaknya amal ibadah yang telah kamu lakukan, kerana sesungguhnya kamu tidak mengetahui apakah Allah menerima amalan kamu atau tidak.

Jangan pula kamu merasa aman dari dosa-dosa yang kamu lakukan, kerana sesungguhnya kamu tidak mengetahui apakah Allah mengampuni dosa-dosa kamu tersebut atau tidak”.

(Imam Hasan Al-Bashri)

comments powered by Disqus