Faedah Mulakan Hari dengan Niat Ibadah

by on under Tazkirah
1 minute read

Ketika mensyarahkan tentang hukum haram dan makruh, dalam pengajian kitab al-Waraqat, al-Syeikh Mustafa Dib al Bugha memberi suatu pedoman yang berharga. Beliau berkata -lebih kurang maknanya-:

“Adapun perkara haram itu adalah apa yang diberi pahala bagi orang yang meninggalkannya, dengan niat imtisal (mentaati) perintah Allah SWT. Maka, menjadi suatu amalan yang sangat baik apabila setiap pagi kita berniat untuk meninggalkan semua perkara haram dan makruh kerana mentaati Allah SWT. Ini akan menyebabkan kita mendapat pahala sejumlah perkara-perkara haram dan makruh yang kita tinggalkan (tidak lakukan) pada hari tersebut, insya Allah. Ini menunjukkan keluasan rahmat Allah SWT dalam syariatNya.”

comments powered by Disqus