Kisah Unik Imam Al-Jazuli sebelum Mengarang Kitab DALAIL KHAIRAT

by on under Tazkirah
6 minute read

Nama asal beliau adalah Abu Abdullah Muhammad bin Sulaiman Al-Jazuli. Beliau dilahirkan di daerah yang bernama Jazulah iaitu sebuah kabilah dan barbar di pantai negeri maghribi, Morocco, Afrika. Tempat ini dikenali sebagai negeri para ulama dan wali, maka wajarlah jika salah satu diantara para wali dan ulama itu adalah Syeikh Imam Al-Jazuli. Di tempat ini juga terdapat banyak karya-karya terkenal yang telah tersebar ke seluruh dunia.

Imam Al-jazuli belajar di daerah Fas iaitu sebuah kota yang cukup ramai dan padat. Tempat ini tidak terlalu jauh dan juga tidak dekat dengan negeri mesir. Jarak antara fas dan mesir dapat dikatakan jaraknya kira-kira 36 derajat 17 daqiqah atau sekitar 4.064 km. Di kota fas inilah beliau belajar hingga namanya tersohor keseluruh dunia.

Imam al-Jazuli juga banyak mengarang kitab, namun diantara kitab terkenal beliau yang terkenal adalah kitab “Dalail Khairat”. Kitab ini berisi tentang kata-kata mutiara, sejarah, dzikir dan ucapan pujian bagi Rasulullah shalallahu alaihi wasallam. Kerana kitab inilah nama Imam al-Jazuli mulai terkenal ke seluruh dunia. Bukan hanya itu, sebab terbentuknya kitab tersebut juga adalah sangat unik.

Kronologinya adalah saat beliau disuatu ketika sedang berjalan-jalan di salah satu wilayah padang pasir, saat itu waktu solat telah tiba. Imam al-Jazuli mencari air untuk berwudhu’ namun saat itu ketika berada di padang pasir tentunya air sangatlah sukar untuk didapatkan. Namun saat beliau mencari air dan akhirnya menemukan sebuah perigi, beliau melihat bahawa air didalam perigi sangatlah sedikit sehingga perlu alat untuk mendapatkannya, bahkan juga perigi yang dijumpai beliau sangatlah dalam.

Namun ketika beliau sibuk mencari alat untuk mengambil air tersebut, tiba-tiba datanglah seorang budak perempuan yang sedang berlari dan menemui beliau. “Anda siapa, mengapa anda ada ditempat sunyi ini ..?”, tanya budak tersebut. Imam Al-Jazuli pun menjawab pertanyaan dengan mengenalkan nama beliau dan darimana beliau datang. “Anda orang besar wahai guru, namun mengapa anda ke sini ?”, anak tersebut bertanya. “Saya sedang mencari alat untuk mengambil air didalam perigi itu wahai anak perempuan”, jawab Imam Al-Jazuli.

Ketika beliau meninggalkan budak tersebut dan meneruskan perjalanan untuk mencari alat mengambil air diperigi, lalu budak tersebut melihat Imam Al-Jazuli sangat sukar mencari alat pengambil air, maka tiba-tiba budak itupun mendekati perigi dan meludahkan ke dalamnya dan tiba-tiba air di perigi pun meluap keatas, imam al-jazuli sangat kagum melihat peristiwa tersebut.

Setelah minum dan menunaikan wudhunya, Imam al-Jazuli pun berkata, “Wahai anak kecil, sungguh aku kagum kepadamu! Dengan amal apakah engkau dapat meraih kedudukan setinggi ini?” Anak perempuan kecil itu menjawab,

“Dengan memperbanyak membaca selawat kepada orang yang apabila ia (Nabi Muhammad) berjalan di padang belantara, binatang-binatang buas akan mengibas-ngibaskan ekornya (menjadi jinak).”

Setelah mendengar penuturan anak kecil itu, Imam Al Jazuli terus bernazar untuk menyusun sebuah kitab yang membahas tentang selawat untuk Nabi Muhammad. Kelak, setelah kitab tersebut selesai ditulisnya, kitab itu dinamainya Dalailul Khairat. Sebuah kitab yang masih terus dibaca hingga kini kerana keberkatannya yang luar biasa. Dikemudian hari, Syeikh Uwais Ibn Abdullah al-Mujtabi al-Husainiy membuat Mukhtashar (ringkasan) kitab Dalail al-Khairat dengan nama al-Budur al-Nayyirat Fi Ikhtishar Dalail al-Khairat.

Dan sebelum beliau menerbitkan kitab itu, Imam al-Jazuli mendapat ilham untuk pulang kembali ke tanah kelahirannya. Maka beliau kembali ke Fas ke desa beliau ditepi daerah Jazulah. Kemudian beliau dengan sendirinnya bertemu Syeikh Abu Abdilah Muhammad Ibn Abdullah al-Shaghir seorang penduduk di pinggiran desa dan beliau berguru Dalail kepadanya. Kemudian Imam al-Jazuli melaksanakan khalwat untuk beribadah selama 14 tahun dan kemudian keluar dan khalwatnya untuk mengabdikan diri dan menyempurnakan pentashihan (pembetulan) kitab “Dalail Khairat” pada hari jum’at, 6 Rabi’ul Awwal 862 H. lapan tahun sebelum hari wafatnya.

Beliau wafat ketika melaksanakan solat subuh pada sujud yang pertama (atau pada sujud yang kedua menurut satu riwayat) tanggal 16 Rabi’ul Awwal 870 H. Beliau dimakamkan setelah waktu solat zuhur pada hari itu juga di tengah masjid yang beliau dirikan. Beliau tidak memiliki anak lelaki sehingga kekhalifahan beliau dilanjutkan oleh para murid-murid beliau diantaranya adalah: Syeikh Muhammad al-Shaghir al-Sahaliy dan Syeikh Muhammad Abdul Karim al-Mundziriy.

Sebahagian karamah Imam al-Jazuli adalah setelah 77 tahun dari wafat beliau, makam beliau dipindahkan dari kota Sus ke kota Marakisy, dan ternyata ketika jenazah beliau dikeluarkan dari kubur, keadaan jenazah itu masih utuh seperti ketika beliau dimakamkan. Rambut dan janggut beliau masih nampak bersih dan jelas seperti pada hari beliau dimakamkan. Makam beliau di Marakisy sering diziarahi oleh ramai orang.

Sebahagian besar penziarah itu membaca kitab Dalail al-Khairat di sana, sehingga diharumi makam itu bau semerbak minyak misik yang amat harum kerana begitu banyak dibacakan selawat salam kepada Nabi Muhammad shalallahu alaihi wasallam, para sahabat dan keluarga beliau. Kisah wangi semerbak itu adalah sebahagian dari sejarah yang lain tentang beliau bahawa para soleh dari berbagai penjuru dari masa ke masa senantiasa membaca dan mengamalkan kitab beliau iaitu Dalail al-Khairat.[1]

عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَيَّ صَلاةً . Artinya: “Manusia yang paling utama bersamaku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak membaca Selawat untukku.”[2]

Syeikh Ahmad at-Tijani Radhiyallahu Anhu sangat senang membaca kitab selawat Dalailul Khairat, bahkan beliau pernah menulis ulang kitab Dalail Khairat dengan tulisan tangan beliau. Hal demikian beliau lakukan lantaran semata-mata bertabarruk kepada Rasulullah shallallahu alaihi Wa sallam.

Adapun sanad yang muttashil kepada Imam al-Jazuli, yang penulis dapatkan sebagai berikut:

  1. Dari Habib Salim Bin Abdullah as-Syathiriy Hafizhahullah: الحاج رزقي ذو القرنين أصمت البتاوي عن الحبيب العلامة سالم بن عبد الله بن عمر الشاطري عن العلامة الجليل والفهامة النبيل كامل عبد الله صلاح عن شيخه السيد عبد الله بن حامد الصافي رحمه الله عن السيد محمد بن حسين بن محمد الحبشي عن والده السيد حسين بن محمد عن السيد عبد الرحمن بن سليمان الأهدل عن المعمر محمد بن سنا العمري الفلاني عن الشريف محمد بن عبد الله عن وجيه الدين السيد عبد الرحمن بن احمد بن محمد بن احمد الحسيني المغربي المكناسي الشهير بالمحجوب عن ابيه السيد احمد عن جده السيد محمد عن ابي جده السيد احمد عن مؤلفها الإمام الشيخ محمد بن سليمان الجزولي رحمه الله تعالى ورضي الله عنه أمين .
  2. Dari sayyid Fawwaz Bin Bassyar Hafizhahullah: الحاج رزقي ذو القرنين أصمت البتاوي عن السيد العلامة فواز بن بشار بن سعيد محي الدين الطباع الحسني عن فضيلة الشيخ المعمر يوسف محمود عمر العتوم عن محدث الديار الشامية الشيخ بدر الدين محمد بن يوسف الحسني عن الشيخ اسماعيل بن زين العابدين البرزنجي المدني عن الشيخ محمد عابد السندي عن السيد أحمد بن سليمان الهجام عن محمد ب علاء المزجاجي عن أبي الأسرار حسن العجيمي عن العلامة عبد القادر بن علي بن يوسف الفاسي عن عن الشيخ أحمد بن عباس الصمعي عن الشيخ أحمد بن موسى السملالي عن الشيخ عبد العزيز السباع عن الامام محمد سليمان الجزولي رحمه الله تعالى.

Inilah kitab Dalail Khairat yang sering kita baca saat datangnya bulan maulid. Dengan kisah dan peristiwa yang telah kita baca diatas bahawa sesungguhnya berselawat dan mengambil berkah dari bulan maulid untuk Rasulullah shalallahu alaihi wasallam adalah merupakan hal yang penting dan dianjurkan. Sepertimana yang telah terjadi ke atas Imam Al-Jazuli, bahawa kerana sebab demikianlah kitab dalail khairat ini menjadi ada dan sekarang kitab dalail khairat sudah menjadi bacaan wajib bagi umat muslim dunia saat datangnya bulan maulid. Semoga kita semua dirahmati oleh Allah dan selalu dalam syafaat Rasulullah shalallahu alaihi wasallam.

Penulis: Tg. Habibie M. Waly S.TH

Sumber kitab : ذخيرة المحتاج في الصلوات على صاحب اللواء والتاج و كتاب فَاتِحُ اْلأَسْرَارِ وَمُفَرِّجُ الْهُمُوْمِ وَاْلأَغْيَار فِي فَضَائِل ِ الصَلَوَات عَلَى النَّبِيّ الْمُخْتَار تأليف الحاج رزقي ذو القرنين أصمت البتاوي الأندونيسي جلله الله تعالى بمدد خاص قدسي

comments powered by Disqus