Mencintai Junjungan Baginda Nabi Muhammad Shallalahu Alaihi Wasallam

by on under Tazkirah
1 minute read

FI Rihab al-Mustafa ﷺ

Insan yang paling perlu dikenali untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT, ialah Nabi Muhammmad ﷺ.

Insan yang mana dengan lebih mengenalinya, dapat lebih mencintanya, lalu lebih dicintai oleh Allah SWT, hanyalah Nabi Muhammad ﷺ.

Insan yang paling perlu layak dikenali kerana keagungan dan kemuliaannya, serta ketinggian cintanya kepda kita, ialah Nabi Muhammad ﷺ.

Insan yang paling perlu dikenali oleh kita, banyak berjasa kepada kita, memberi kebaikan terbesar kepada kita di dunia dan di akhirat, ialah Nabi Muhammad ﷺ.

Insan yang paling jujur, paling setia dan paling sempurna cintanya kepada kita, ialah Nabi Muhammad ﷺ.

Insan yang senyuman dan tangisannya ialah kerana kita, perjuangan kehidupannya seluruhnya, setelah kehambaan kepada Tuhannya, ialah untuk kebahagiaan kita, di dunia dan di akhirat terutamanya, hanyalah Nabi Muhammad ﷺ.

Insan yang merindui pertemuan dengan kita sebelum kita lahir ke dunia, dan sentiasa mengenang kita, sebelum kewujudan kita, hanyalah Nabi Muhammmad ﷺ.

Insan yang dibentangkan amalan kita kepadanya, lalu memuji Allah SWT untuk kebaikan yang dilakukan, dan meminta ampun bagi sebaliknya, hanyalah Nabi Muhammad ﷺ.

Insan yang bangkit kelak di akhirat, lalu ingatan dan perhatiannya terus kepada umat, lalu kepada kita dia memanggil: “Ummati..ummati…”, hanyalah Sayyiduna (penghulu kita) Muhammad ﷺ.

Insan yang ke hadapan dan diberi keizinan untuk memberi syafaat kepada seluruh umat manusia, di hari Akhirat kelak, dengan syafaat teragung, hanyalah Sayyiduna Muhammad ﷺ.

Bagaimana pula kita, tentang insan paling istimewa ini? Sejauh mana perhubungan kita kepada insan agung ini? Sejauh mana pengetahuan kita tentang insan yang mulia lagi pencinta ini? Setinggi mana ingatan dan kecintaan kita kepada insan kekasih Allah SWT ini?

Bahagiakanlah dirimu dengan mencintai Rasulullah ﷺ dengan setinggi-tinggi kecintaan.

23167539_1565116676886687_4985824172269824373_n.jpg

comments powered by Disqus